Thursday, June 24, 2010

wartawan ira...

talent untuk karekter wartawan nanti


1st preview.....

Tuesday, March 30, 2010

Lawatan Dari Penyelia UUM

Pada awal bulan Mac yg lalu..Crew Creative Team yg terdiri daripada pelajar UUM telah d lawati oleh penyelia mereka.Ketibaan En Razak Rahmat telah d sambut oleh pelajar-pelajarnya d sini yg telah d maklum sebelum ini akan ketibaannya..Ketibaan En Razak d sambut dgn senyuman sebagai layanan mesra terhadap penyelia mereka..

Ketibaan En Razak d sambut mesra..

En Razak telah d beri penerangan dan taklimat ringkas oleh pelajar-pelajarnya kat sini tentang aktiviti yang mereka telah buat kat sini selama 4 bulan mereka kat Aspati Animation Studio. Beliau telah d beri penerangan bermula dari bilik pre-production. Di bilik pre-production, beliau telah d beri penerangan oleh Mohd Norhisan selaku scripwritter disini. Beliau d beritahu tentang ape kerja mereka yang telah mereka buat d bilik pre-production sebelum ke production..

En Razak d beri penerangan d bilik pre-production


Kemudian selepas d bilik pre-production,En Razak d bawa plk ke bilik production untuk melihat sendiri kerja yang d lakukan oleh pelajar-pelajarnya d bilik production dan d beri taklimat yang d ketuai oleh Cik Muda Nurfarhana.Beliau d beri tentang flow dan ape kerja yang telah d buat kat Aspati Animation Studio.

En Razak d beri penerangan d bilik production

Walaupun hanya 45 minit penyelia mereka melawat mereka tapi jelas d mata penyelianya 1 kepuasan dan terhibur dgn lawatannya d sini. Terima kasih kepada En Razak d atas lawatannya ke Aspati Animation Studio.







Friday, March 26, 2010

Kantoi!! n congratz pd salah seorang crew Creative Team

Shakira bersama tunang tersayangnya..tahniah from Creative Team


Mula2 skali adik x tau ler nak gelak ke,terkilan ke,sedih ke or hepi ni...tp ape2 pun kat sini adik nak cakap isu kantoi dan tahniah ler pada salah seorg crew Creative Team ni..citer ni mgenai Noor Shakira Ismail as modeller kat Aspati animation studio ni.ape yg adik tau dia ni dalam senyap2 dah bertunang.citer ni mmg meletup ler kat studio ni.adik hanya baru tau beberape minit yg lepas.terkejut beruk bila adik dapat tau.

Cepat2 adik myiasat untuk mdapatkan kepastian.last2 adik dapat la pic yg kat atas tu.ermm tp mula2 adik x berape nak pcaya.yela dorg ni teror ngn graphic.tambah kalu si Meor yg berambut panjang tu.si mamat tu minat buat gosip.ntah2 dorg edit ke ape ke pic tu adik mana tau...tp adik dapat 1 sumber yg adik bley percaya sgt.dari kawan baiknya sndiri..Farhana,dia explain dari A to Z pada adik..bila adik dgr sndiri dari mulut Farhana.da 91.7% adik pcaya.adik yakin ni bukan gosip yg d cipta semata-mata.kalu xde angin masakan pokok bley bergoyang.so adik tetap x puas ati selagi x dengar sendiri dari mulut si shakira.adik takut prkara ini x benar.ini bley jadi fitnah kalu perkara ini x betul terjadi.tambah2 lg sering d perkata oleh si minah kecoh spt ida n ema..

adik pikir cara yg terbaik untuk dapatkan bukti yg kukuh..ada buat 1 trick ngn seorg mamat macho kat studio tu.abg mad yg juga selaku ketua dorg..abang mad saje ajak dorg g overnyte kat cameron.mula2 adik sendiri x paham ape yg trick abg mad nak buat tu.tp last skali baru la adik tau yg abg mad telah menanyakan pd shakira da citer btul2 perkara sebenar time shakira tido.oo..baru adik paham..geliga jgk otak abg mad ni.huhu..siap rakam lagi pengakuan shakira tu.yela2...shakira tgh lena tido.mesti la dia x pasan..org cakap kita akan bercakap benar kalu d tanya time ngigau..so baru la adik percaya yg ini bukan gosip.tapi 100.3% adalah realiti.

tp ape yang adik pelik, sume rakan-rakannya kat studio tu x tau pun perkara tentang pertunangnnya..adik pelik...sgt2 pelik....adik terdiam berfikir seribu bahasa.kenape la shakira nak merahsiakan perkara yg baik ni dari kawan2? padahal ini adalah sunat kalu dia mhebohkan pada khalayak.perkara ini xde la akan mjadi fitnAH nnti...adik terduduk...terfikir lg..adakah shakira takut??? takut sahamnya d mata lelaki jatuh? adik pelik..kALU nak ikutkan xde sape2 pun yg ensem kat studio tu selain Fatah. tp x mungkin Fatah memandangnya sedangkan Fatah jauh lg muda darinya..ntah ler ape motif shakira nak merahsiakan pertunangnnya..

Tp ape yg adik sgt2 kecewa,..adik x d jemput ke majlisnya yg penuh gilang gemilang tu.bukan adik je yg frust..adik percaye kawan2 nya kat ofis pun mesti frust ngn sikap n pgai shakira lgsung tidak mpelawa mereka ke majlis bersejarahnya..tp xpe la..sape la adik,aunty dan kawan2 kat studio ni.kami sedar sape diri kami.huhu...ape2 pun kami doakan agar shakira berbahagia hingga ke anak cucu...kami pun tumpang gembira dgn pertunangn shakira...

Ok la...kat sini je coretan adik kat sini...ati adik sakit bila mgenang perangai kawan macam ni.huhu...last but not least,shakira tetap bersalah sebab mbuat kami tertanya2 dan kecewa bila lgsung x d jemput.x kira pape pun alasannya...kami diam je.huhu...adik harap ler shakira minta maaf pada kawan2 kat studio tu.kecik ati mereka...

Sunday, March 14, 2010

STUDIO BARU

aunty dapat tau yang geng2 creative team da berpindah ke studio baru.studio yg lagi canggih dari studio yg dlu.so kat sini aunty nak ucapkan selamat berjaya pada semua crew2 creative team.da dapat studio baru mesti le azam pun baru.kerja pun mesti la lg ummph.hehe..aunty doakan semoga crew2 semua lebih success. caiyok2!!

Tuesday, February 9, 2010

kenali geng2 CREATIVE TEAM

GCT (Geng Creative Team)

1st skali,aunty kat sini nak perkenalkan geng2 creative team..yela..bak org tua2 kata kalau x kenal maka x cinta.so kalau x cinta tu sbb x kenal la.haha..
ok aunty nak habaq ni sape dia geng2 creative team..geng2 creative team ni tugas sebenar dorg adalah untuk membuat siri animasi keluang man 2 dalam bentuk 3D. dorg menggunakan software blender iaitu 1 software open source. geng2 creative team melibatkan 16 org. mereka terdiri dari pelajar Universiti Utara Malaysia, Go Academy dan juga kolej komuniti Teluk Intan.

Aunty akan p'kenalkan dorg ni dgn b'mula barisan depan dari kiri.. Yg berbaju biru tu namanya Mas. Beliau ni berasal dari Kedah dan merupakan pelajar UUM. Mas ni sebagai team storyboard yg memainkan peranan untuk menghasilkan jln cerita. kalu d kalangan geng2 creative team ni Mas d kenali sbg "ibu".aunty pun x tau nape la Mas d kenali sbg ibu.maybe sebab dia tgh training nak jd ibu kot.yela dgr cite bln Jun ni Mas bakal menamatkan zaman bujangnya..



Yg tepi Mas plk Farhana. Dulunya beliau sumber inspirasi Jinbara kot dat y ada lagu Farhana.hehe..erm tp d kalangan GCT ni beliau d kenali sbg Achik. Bekas penuntut jurusan Multimedia d UUM.Beliau seorg character modeler untuk animation Keluang Man 2. Erm x tau nak citer ape lg pasal beliau. Oh lupa..kalu nak kenal ngn beliau ni senang je..tuannya manis2 sket..tingginya xde la tinggi sgt (rendah je).haha...


Sebelah achik tu ika namanya. Bekas penuntut Kolej Komuniti Teluk Intan dan beliau sbg layout artist kat KPerak-Aspati Animation Studio. Aunty pernah dengar yang ika ni sgt glamour sket kat Perak. Yela paper Sinar Harian edisi Perak pernah menemubual beliau. Katanya anak Perak yg berjaya mjadi animator berjaya.haha..entah pape aunty merapu.huhu..


Erm yg kat tepi ika tu plk ialah Leyza. Beliau ni orangnya pendiam sket. tp aunty tgk orangnya lawa. ramai jgk ler org lelaki tergila kat Leyza ni.haha... beliau juga bekas penuntut UUM dan sbg sbg layout artist kat GCT.di tepi beliau ialah Sofia,juga sbg layout artist dan juga dari UUM. kalu kat GCT ni beliau lebih d kenali sbg ummi..ermm kalu d kenali sbg ummi mesti la ada babahnya.hehe..


ha..jeng2..kalu yg ini aunty x sabar nak perkenalkan pada korg sume.hehe...ermm nama si gadis kenit ni ialah erma,not ermawati.hehe..kalu nak tau si erma ni slalu wat kecoh kat GCT ni.erm tp kalu la dia xde kat production ni...sunyi ler production ni.huhu..ermm tp kalu nak tau,si kenit ni selalu je m'cipta kontroversi kat production ni.x putus2 citer gosip beliau.seluruh Perak dok cakap pasal dia je.huhu..lupa nak perkenalkan lg..beliau ni sbg character modeller dan juga bekas pelajar UUM.ermm mcm aunty bodek dia la plk kan??huhu..yela...tuannya ada d tepi ni.huhu..


Sebelah si kenit tu namanya Shahida..tuannya diam2 berisi.selalu kalu time lunch mesti bawa helmet dan lps tu entah hilang kemana. ha ni sorg lg suka juga mcipta gosip.sama je dgn si kenit tu.huhu..yela da namanya dok serumah.huhu... Ida ni sbg layout artist kat GCT dan juga sama ngn erma dari UUM. ermm kat tepi tu yg pakai baju serba kuning tu wani orgnya...kuat makan.hehehe..sbg scripwriter dan juga dari UUM.


erm kalu yang pakai serba purple tu Shakira namanya. yg aunty tau pasal dia ni dari erma seorg yg manja.kuat merajuk pastu ape da erma? erma tau la da dorg ni housemate.xkan la erma nak tipu aunty.huhu.. kuat berahsia sket..kalu kat GCT ni beliau la ranking paling atas sebelom erma kalu bab2 mcipta kontroversi ni.huhu...macam2 da kontroversi beliau cipta kat sini.tp aunty n adik xleh nak dedahkan lg kat sini.dalam proses mengumpul bukti lg.huhu.. bila da cukup bukti..kami akan dedahkan pada khalayak ramai.hehe.. ermm ape lg nak citer ek...oh dia nek keta iswara plat WDW (women double weight).haha..suka diet tp bila da jupe makanan xleh nak stop plk.huhu..beratnya xdela berat sgt 62 Kg.hehe..ermm sbg character modeller jgk dan bekas pelajar UUM jurusan ape ntah.aunty pun x tau.haha...

erm kalu yg atas dari kiri adalah Dato'Kamarulzaman juga selaku bos GCT.beliau byk mmberi tunjuk ajar kepada GCT dan selalu mmber sokongan beliau kepada GCT.ermm kalu tepi bos tu plk adalah puteh.ermm dia dikenali sbg puteh maybe sbab dia seorg yg baik.yela hatinya putih.huhu...d tepi puteh tu plk adalah Ahmad.seorg yg sgt periang.tp ape yg aunty tau en mat ni adalah yg paling senior usianya dlm GCT dan beliau jgk as leader dlm GCT.tp kalu pose dia dlm gmbar semua pose yg lucu2 plk.aunty x tau knape.huhu..ermm tepi en mat tu adalah zaaba..dia konflik dia ngn si erma ni kemain lg meletup.tp skrg da slow la plk.aunty x tau ape statusnya skunk.huhu..ermm zaaba ni seorg animator juga merangkap sbg romeo.hahaha..saje je aunty nak merapu.huhu..d tepi zaaba yg mukanya macam t'keluar tu plk adalah k-oil.beliau sbg artist designer kat GCT ni.dia pun sama mcm ika..bekas penuntut Kolej Komuniti Teluk Intan.yg kat tengah2 tu plk En Kray..ermm seorg yg bijak blender.beliau la yg selalu guide GCT kat studio.beliau ni plk bekas student MSU yg berjaya yg pernah d lahirkan oleh MSU.chewah aunty ni da terlebih memuji dia la plk.huhu..

tu kalu kat tepi mr kary tu ise a.k.a ayah ler kat GCT ni.yela..kalu da ada ibu mesti kena ada ayah.ayah ni sbg scripwriter kat sini dan juga bekas penuntut UUM.ayah ni yg aunty tau nakal sket.kalu ngn anak2 mesti nakal ler.kalu ngn anak2 pompuan je.huhu..ibu jeles abes.haha..

tepi ayah tu plk meor a.k.a babah..ermm kalu ada ummi mesti ada pasangannya...so babah ni pasangan ummi ler.huhu..meor ni asalnya dari Kuala Kangsar dan sbg character modeller.tp yg aunty tau skunk si babah ni da xterlibat secara lgsng ngn keluang man.babah sibuk ngn Perak Boy dia..then da last tepi babah tu plk Alif..1 kg ngn babah ni...juga 1 Academy ngn babah juga. dulu dorg kenal 3D dgn Go Academy.skunk dorg 1 production lg untuk keluang man.Alif ni yg aunty tau telah berjaya menubuh persatuan Emo semalaysia bersama pasangannya kat production...pasangannya sape lg kalu x len dan x bkn...ermm aunty malas nak sebut namanya pasangannya tp aunty bg klu ek...namanya sama ngn band Jinbara dok nyanyi.hehe..

ok ler...sampai sini je dlu contengan aunty buat masa ni..kalu ada ape2 berita terbaru atau gosip2 yg hangat tentang kat GCT ni aunty akan menconteng la kat sini.hehe... bubye..

Sunday, February 7, 2010

welcome to creative team blog


assalamualaikum sume...tujuan utama blog ni diwujudkan adalah semata-mata untuk m'ceritakan ttg kisah n cabaran yg terpaksa dihadapi oleh creative team dalam produksi keluang man 2 ini.creative team terpaksa b'depan pelbagai cabaran supaya super hero ini dapat b'aksi ligat di kaca tV..chewah!! Di sini Adik dan juga Aunty akan selalu mencerita dan update blog ni untuk geng2 creative team. Adik dan Aunty akan selalu menceritakan gelagat2 dan juga mencari gosip2 yg ada di creative team. Hihi..Mesti best dapat tau cerita2 semasa geng2 creative team..

Wednesday, February 3, 2010

creative team's blog...

creative team blog diwujudkan adalah semata-mata untuk memaparkan juga b'kongsi kisah kehidupan or life geng2 creative team dalam membangunkan siri animasi Keluang Man II dengan menggunakan aplikasi 3D... kat sini akan memaparkan life-life,liku-liku kehidupan geng2 creative team yg membabitkan 16 anak muda yg terdiri dari 7 jejaka n 9 gadis...